
Sulit
5 tahun
Pil perancang dan haid
Hai nak tanya, kalau sy ambil pil perancang dan pada hari ke 21 sy telah period, perlukah sy makan baki 1 biji pil tu? Mohon penjelasan. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda dinasihati untuk menghabiskan pil-pil yang terdapat dalam paket itu supaya anda mendapat kesan yang sepenuhnya untuk merancang keluarga anda. Ini adalah kerana kesemua pil ini diperlukan untuk mengawal hormon anda supaya tidak hamil.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.