
Sulit
5 tahun
Pil perancang dan morning after pil
Saya sedang merancang untuk mendapatkn anak. saya dah makan pil perancang selama dua bulan. sekarang saya dh ke bulan yg ke tiga. tapi saya baru makan untuk 5 hari. dan saya berhubungan seks dgn suami saya mengunakan condom. perlu ke saya makan morning after pill lagi walaupun saya dh consume pil perancang? tpi saya baru hari ke lima makan pil tersebut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang adalah cukup berkesan untuk mengelakan kehamilan dan pil perancang kecemasan ini tidak diperlukan. Sekiranya anda mengambil kedua-dua jenis pil ini, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti berdarah tetiba yang bukan haid. Lagi-lagi pun, anda juga menggunakan kondom yang juga merupakan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.