
Sulit
4 tahun
Pil perancang & haid lewat
Saya berumur 34tahun, sy ambik pil perancang yasmin, kali pertama ambil pil 21 hari, selepas haid n skip selama 16 hari…hari ke17 sy start semula ambil pil n till sekarang period xdatang lagi, kenapa ya dr…apakah sbb hormon?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kaedah yang betul mengambil pil yasmin.
Untuk makluman pihak anda, pil tersebut mempunyai 21 pil yang anda harus ambil pada setiap hari. Kemudian selepas tamat, anda harus berhenti selama 7 hari. Hari ke 8 jika anda datang haid atau tidak anda harus mengambil pil pada pek seterusnya jika anda ingin merancang kehamilan. Sila rujuk pada manual yang terdapat dalam kotak pil tersebut. Anda harus mengambil pil ini pada waktu yang sama( sebelum tidur merupakan waktu yang sesuai) setiap hari untuk memastikan keberkesanan pil ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Selain itu, anda juga diingatkan supaya mengikut arahan yang tertera pada kotak atau kertas arahan. Sekiranya anda mengambil pil pertama pada hari pertama haid anda, anda tidak perlu gabungkan dengan penggunaan kondom untuk 7 hari kerana anda akan terlindung daripada kehamilan serta-merta. Sekiranya anda mengambil pil yasmin pada hari-hari lain setelah haid, anda harus menggunakan kondom untuk 7 hari. Hal ini kerana anda belum terlindung daripada kehamilan dalam waktu 7 hari ini sekiranya melakukan hubungan seks.
Jika anda masih ragu ragu dengan situasi anda, sila ke klinik atau hospital untuk mendapatkan keterangan lebih daripada doktor. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.