
Sulit
5 tahun
Pil perancang kehamilan diambil berserta dgn supplement yg lain
1.Bolehkah pil perancang kehamilan diambil bersama dgn pil supplement seperti vitamin c dan sbgnya?
2. Saya telah mengambil pil perancang kehamilan selama 2 minggu… hari pertama saya ambil ialah pada hari pertama datang haid… namun masih berlaku lagi pendarahan sehingga sekarang… tapi tak begitu banyak…perlukah saya ke klinik untuk membuat rawatan atau itu adalah simptom biasa shj?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gangguan kitaran haid merupakan kesan sampingan yang biasa dialami pengguna pil perancang kehamilan, Jika pendarahan masih berlanjutan atau dalam kuantiti yang banyak, sila berjumpa doktor berdekatan. Selain itu, sila teliti arahan pada bungkusan ubat sebelum mengambilnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.