saadah94_sz
4 tahun
Pil perancang kehamilan postinor 2
Saya seorang wanita berumur 25 tahun dan sedang menyusukan anak sye berumur 6bulan. Soalan saya , kalau saye ambil ubat Postinor 2, anak saya akan mengalami apa-apa kesan sampingan ke? Adakah ia selamat untuk anak sye yang sedang menyusu badan saya…?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja.Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Terdapat beberapa situasi anda dilarang daripada mengambil pil ini antaranya ialah:
- Mengandung
- Anda mempunyai kanser payudara
- Anda mengalami pendarahan faraj yang sebadnya tidak diketahui
Oleh sebab anda , masih menyusui anak anda adalah amat dinasihatkan untuk anda merujuk hal ini dengan pakar obstektrik untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk mengelakkan kehamilan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.