
hanisarifah95
5 tahun
Pil perancang keluarga Yasmin
Saya bersalin pada 25/04/2019. Hari ini, anak sudah berumur 11 minggu / 2 bulan setengah. Saya fully breastfeed & belum period sejak bersalin sampai sekarang. Jadi, bila saya boleh start makan pil perancang? Saya belum tahu period cycle saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, secara amnya ibu menyusu boleh memulakan mini pill, 6 minggu selepas bersalin supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu ibu sudah mantap.Ini kerana pil perancang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan.
Ibu-ibu yang memberi susu formula pula boleh mula mengambil pil perancang 3 minggu selepas bersalin.Oleh kerana anda telah menyusukan anak sepenuh masa maka ini tidaklah menjadi kan masalah. penyusuan sepenuh masa ini sendiri boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah perancang.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.