
nadyaarons
5 tahun
Pil perancang loette
Assalam doktor,saya ingin bertanya tentang penggunaan pil perancang loette,adakah pil ini tidak menggemukkan badan?dan boleh kah mula makan pil ini pada hari yang tidak period,contohnya saya period hari ketujuh pada hari khamis lepas dan telah bersama pada 2 hari lepas menggunakan kondom dan ingin mulakan makan pil perancang pada hari ini ,boleh kah atau mesti kena makan pada hari pertama period bulan hadapan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat tersebut memberi kesan sampingan seperti:
- muntah dan loya
- emosi tidak stabil
- perut kembung
- kitaran haid tidak teratur
- berat badan meningkat
Pil tersebut perlu diambil pada hari pertama sehingga ketiga haid jika anda pertama kali mengambil pil perancang tersebut. Namun, jika anda ingin mengambil pil tersebut dalam pek seterusnya, anda perlu mengambil ubat tersebut pada sejurus setelah pek lama tamat.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.