Sulit
4 tahun
Pil perancang n cyst
Sy nurul 28 tahun…blm ada ank…baru2 ni sy sengugut n doc klinik pkar sakit wanita bg sy pil perancang yasmin…dari uzur hari kedua sy stat mkn sampai hari ini…tapi semalam ada keluar darah berwarna coklat2 gelap …bole terangkan pd sy itu bahaya atau tidak…kata nya makan pil perancang untuk kecutkn cyst…sy jgk ada cyst…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan seperti yang dinyatakan, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Pil perancang juga mempunyai kesan sampingan. Sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan di bawah dan mengganggu aktiviti harian anda, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan:
- Sakit perut
- Perubahan terhadap kitaran haid
- Gangguan kitaran haid
- Sakit kepala
- Loya dan muntah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada pendarahan tersebut berbahaya ataupun tidak berdasarkan soalan yang diberi sahaja kerana pemeriksaan penuh perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


























