Anonymous
6 tahun
Pil perancang noriday
Salam sejahtera doc,
Saya pn mar, baru lepas bersalin saya rancang nak ambil perancang noriday sepatutnya saya ambil masa hari ke 21 selepas bersalin tapi saya terlewat, hari ni dah hari ke 37 so apa syor doc saya boleh terus makan atau bagaimana?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berikut adalah tips menggunakan pill Noriday :
- Jika anda terlupa mengambil pil pada waktu biasa anda, makan terus sebaik sahaja anda ingat. (Jika anda terlepas lebih daripada satu pil, hanya makan pil terakhir yang anda terlepas.) Ambil pil seterusnya pada masa yang biasa anda makan.
- Sekiranya anda terlupa makan kurang dari 3 jam, anda masih dilindungi dan tidak perlu menggunakan kontrasepsi tambahan.
- Jika lebih daripada 3 jam makan pil, anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Anda dinasihatkan tidak melakukan hubungan seks atau anda perlu menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan (contohnya kondom) untuk dua hari akan datang, dan mesti terus mengambil pil anda seperti biasa.
Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang pil perancang kehamilan. Terima kasih.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih


































