
Sulit
5 tahun
Pil perancang norriday
Pil perancang norriday memang buat darah haid saya tersekat dah keluar sedikit ke ? Atau kemungkinan saya hamil ? Warna darah saya seperti warna oren

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan pil perancang - hal ini amat biasa bagi pengguna pil perancang dimana haid menjadi sedikit dan mungkin mempunyai tompokan berwarna coklat/oren/merah cair
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Implantasi kehamilan - anda boleh menguji air kencing anda untuk melihat status kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.