
Sulit
4 tahun
Pil perancang postinor2
Saya wanita 30an ingin bertanya,saya telah mlkukan hbngan seks tapi saya terlupa makan ubat postinor2 pada pg itu,tapi dlm tghri saya datang haid pula.perlukah saya makan ubat postinor2 atau tidak perlu makan ubat postinor2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan pil perancang Postinor 2 setelah terlupa mengambil ubat pada waktu yang ditetapkan.
Untuk makluman anda, pil perancang postinor 2 harus diambil pada setiap 12 jam dalam sehari (2 pil dalam 24 jam) untuk mendapatkan keberkesanan yang diinginkan. Sekiranya anda terlambat untuk mengambil pil perancang tersebut, anda boleh memakan ubat tersebut sebaik sahaja anda sedari mengenai kelewatan itu, dan mengambil pil seterusnya 12 jam selepas itu. Pil perancang postinor 2 harus diambil berterusan dalam jangka masa 72 jam . Jika tidak diambil lebih dari 72 jam, maka kesan ubat tersebut akan terhapus.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sila pastikan anda memantau kesan sampingan pil tersebut dengan teliti seperti muntah, loya, sakit kepala, sakit payudara dan juga sekiranya haid tidak teratur secara berpanjangan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.