
Sulit
3 tahun
Pil perancang sesuai bagi baru nak ambil
Saya ingin menggunakan pil perancang coz sebelum ini saya guna injection tapi period saya terganggu betul lepas bersalin sampai sekarang hanya 2 je baru period dan berat badan saya pun tak turun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang suntikan perancang. Untuk makluman anda, suntikan kontraseptif/ perancang membebaskan hormon progestogen ke dalam aliran darah anda untuk mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti peningkatan berat badan, sakit kepala, perubahan mood, kesakitan payudara dan kitaran haid yang tidak teratur. Pendarahan ketika haid juga boleh bertambah banyak, terlalu sedikit dan tempoh haid boleh menjadi lebih pendek atau berhenti sama sekali. Masalah haid sebegini boleh berlaku dalam tahun pertama penggunaan kontraseptif ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Oleh itu, ia adalah penting anda mengunjungi doktor anda untuk diperiksa supaya sebab-sebab pendarahan lain boleh dikecualikan seperti jangkitan seksual dan penyakit faraj, pangkal rahim atau rahim. Jika pendarahan ini sudah ditentukan adalah kerana kesan sampingan kontraseptif anda, ubat-ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan pendarahan termasuk ubat anti-keradangan bukan steroid, asid tranexamic dan ubat hormon seperti norethisterone dan levonogestrel dimana perlu diambil atas arahan doktor untuk mencegah komplikasi lain.
Anda juga mungkin akan dibekalkan supplemen zat besi untuk mengatasi masalah kekurangan darah merah. Sekiranya anda berasa tidak selesa atau kesan sampingan tidak dapat diatasi, kontraseptif suntikan boleh dihentikan dan ditukarkan kepada jenis yang lain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih