
Sulit
5 tahun
Pil perancang ulipristal acetate
saya wanita berumur 20 tahun. boleh kah saya consume pil perancang ulipristal acetate sekiranya saya telah melebihi 5-7 hari selepas melakukan hubungan kelamin bersama suami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil ini hanya berkesan jika diambil dalam masa 120 jam iaitu 5 hari. Jika anda mengambil pil tersebut lebih daripada 5 hari, ia tidak berkesan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.