
Sulit
3 tahun
Pil perancang untuk orang yang tidak pernah mengandung
Saya mahu menggunakan pil perancang untuk bakal isteri saya, kerana kami merancang untuk tidak mahu ada anak untuk tahun pertama kami berkahwin. Adakah kesan sampingan sekiranya mengambil pil perancang sekiranya bakal isteri saya tidak pernah mengandung dan melahirkan anak (first use)?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang kesan sampingan pil perancang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan pil perancang. Sesetengah wanita mempunyai kes sampingan, seperti:
- Keperluan seks berkurangan
- Rasa loya
- Pendarahan antara kitaran
- Kesakitan payudara
- Perubahan emosi
Sekiranya mengalami tanda-tanda berikut, anda haruslah berjumpa dengan doktor anda dengan segera:
- Sakit perut
- Sakit dada
- Sakit kepala yang teruk
- Penglihatan kabur
- Bengkak atau sakit pada kaki dan paha
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor dan berunding tentang ini sebelum memulakan isteri anda dengan pil perancang. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan