
Sulit
3 tahun
Pil Perancang yang sesuai untuk peringkat umur 40 tahun ke atas
Saya wanita berusia 46 tahun. Saya ingin dapatkan pendapat dari Doktor berhubung penggunaan pil perancang yang sesuai bagi wanita seusia saya. Sebelum ini saya hanya merancang sendiri samada menggunakan kondom atau pancut luar sahaja. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sebelum mengambil pil perancang keluarga, anda perlu tahu bahawa bukan semua pil sesuai untuk anda gunakan. Apa yang paling penting untuk anda lakukan adalah berbincang dengan doktor anda berkenaan pilihan mana yang terbaik untuk anda.
.Antara perkara yang anda boleh pertimbangkan adalah:
- Simptom kitaran haid anda
- Samada anda menyusu badan atau tidak
- Tahap kesihatan kardiovaskular anda
- Keadaan kesihatan kronik anda yang mungkin anda ada
- Jenis ubatan lain yang anda mungkin ambil
Doktor perlu mengetahui tentang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut serta perlu melakukan beberapa pemeriksaan sebelum boleh memutuskan penggunaan pil perancang manakah yang terbaik untuk anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
.