Sulit
5 tahun
Pil perancang yang sesuai untuk saya
Saya wanita berusia 33 tahun. Saya nak tanya doctor berkenaan pil perancang…sekarang ni saya ambil pil perancang noriday kerana sebelum ni saya masih breastfeed anak saya…saya difahamkan bahawa kalau still breastfeed baby kena ambil pil noriday…sekarang ni anak saya dah taknak menyusu badan…USIA dia dh 6bulan…soalan saya, kalau anak saya tak menyusu badan, adakah saya continue dengan pil noriday atau kena tukar pil perancang jenama lain?kalau ya, jenis pil perancang yang manakah patut saya ambil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil tersebut boleh diteruskan walaupun setelah berhenti menyusu.
Namun, Terdapat pelbagai alternatif lain seperti:
- pil hormon 21/28 hari
- suntikan depo
- implanon
- meletakkan alat perancang pada rahim
- mengikat falopian tube
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































