Sulit
3 tahun
Pil perancang yasmin akan memberi kepada gula dalam darah ke tidak?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
Sy seorang prediabetes… Tapi gula sy terkawal… Hba1c latest 4.7…
Sy di beri pil perancang yasmin selepas injection depo membuatkan sy period berpanjangan…
Adakah pil ini akan memberi kesan kepada bacaan gula harian sy?
Tq dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan pil Yasmin adalah:
- Rasa loya dan tidak sedap badan
- Sakit kepala
- Sakit payu dara
- pendarahan atau spotting dalam masa beberapa bulan pertama setelah mula mengambilnya
- Haid tidak sekata
- Perubahan mood
Untuk makluman anda, pil yasmin tidak akan memberi kesan kepada kadar bacaan gula dalam darah anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kemungkinan anda tidak sesuai dengan pil perancang ini namun begitu, sebelum memberi cadangan pil perancang yang sesuai dengan anda, lebih maklumat tentang sejarah kesihatan anda harus ditanyakan. Hal ini kerana beberapa penyakit harus dielakkan penggunaan pil perancang hormon gabungan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.