dzlimuhd
5 tahun
Pil perancang yasmin haid tidak berhenti
Sy wanita 30an…pertama Kali makan pil perancang Yasmin…sy makan pada haid pertama…sekarang sudah Hari ke 9…masih belum berhenti haid…adakah normal Dan perlukah teruskan makan pil itu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan pil perancang yasmin adalah gangguan kepada kitaran haid seperti menyebabkan spotting atau pendarahan antara haid, tidak datang haid atau haid berlebihan. Gejala yang anda hadapi boleh jadi disebabkan oleh pengambilan pil tersebut. Oleh kerana ini adalah kesan samping yang dijangka, anda boleh meneruskan pil tersebut, atau merujuk perkara ini kepada doktor bagi mendapatkan pandangan tentang alternatif pil perancang atau kaedah perancang kehamilan yang lain.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































