Sulit
5 tahun
Pil perancangan keluarga
Sy brumur 25 tahun…3 bulan pertama selepas bsalin sy mgmbil prncang kluarga jenis depo…iaitu suntikn untuk 3 bulan skli…selepas itu sy btukar kepada jenis pil…noriday…pada msa sekarang.beberapa hari lepas sy ttgal beberapa biji pil(tidak makan)dan bru2 ini sy telah bersama dgn suami utk pertama kli nya slepas bsalin…soalan sy,ada kmungkinan kah sy akn hamil?sbb sy ada tlupa makan pil…
Maaf ayat berterabur sikit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat risiko kehamilan kerana anda tidak mengambil pil tersebut selama beberapa hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































