
Sulit
4 tahun
Pil regulon datang bukan pada minggubke5 dan smbung pada minggubke5 hari isnin
Sy makan pil perancang regulon 3minggu,pada minggu ke4 sy dtg bulan pada hari ahad berterusan smpai isnin …sepatutnya isnin tu sy kena makan pil perancang …time datang bulan patut x makan pil perancang or macam

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi kondisi seperti ini, anda hendaklah mengambil pil seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Oleh itu, tiada perubahan dari segi jadual
Pil Regulon mempunyai 21 pil aktif dan 7 pil peringatan. Sebaiknya, pil Regulon dimulakan pada hari pertama haid dan diambil secara berterusan untuk 28 hari. Anda disarankan untuk mengambil pil ini pada masa yang sama setiap hari untuk meningkatkan keberkesanan pil perancang ini. Setelah habis satu pek pil ini, mulakan lagi satu pek baru pada hari yang seterusnya.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Terima kasih.