
Sulit
4 tahun
Pil yasmin meningkatkan bacaan gula dalam darah
Assalamualaikum… Selamat sejahtera…
Sy berusia 32 tahun… Telah berkahwin dan mempunyai anak 2 orang…
Sebelum ni sy ada cucuk perancang depo… Dah yang terakhir selepas injection sy mengalami period yang panjang… Jadi sy stop injection depo…
Period sy belum berhenti tapi masa tarikh injection yabg seterusnya sy terus ambil pil yasmin atas nasihat doc
Soalan sy
1.Adakah pil yasmin memberi kesan kepada bacaan gula dalam darah… Sy prediabetes… Hba1c terkini 4.7
2.adakah pil yasmin akan hentikan period… Sebabnya hari ketiga sy makan masih sama ja period sy…
Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid yang tidak teratur, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk menjawab soalan anda;
- Pil perancang tidak akan mengganggu bacaan gula.
- Pil perancang digunakan sebagai salah satu bentuk perancangan keluarga dan juga sebagai salah satu cara untuk mengawal kitaran haid. Berkenaan soalan ini, ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk mengatur kitaran haid anda disebabkan perubahan hormon. Namun begitu, sekiranya haid anda masih berpanjangan, kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.