syiepahfyza1
7 tahun
Pinggang sakit tak boleh bongkok
Saya wanita berusia 31 tahun sudah berkahwin tapi belum ada anak. Masalah saya pinggang saya sakit hingga ke tulang ponggong apabila saya bongkok kt pnggang atau apabila hendak bangun. Apakah masalah saya?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang anda boleh disebabkan:
- Masalah kekejangan otot
- Masalah cakera tulang belakang seperti cakera tergelincir atau jangkitan kuman
- Masalah dalaman pelvis seperti ovari terbelit ataupun pendarahan dalam ovari akibat endometriosis
- Masalah buah pinggang seperti jangkitan kuman atau batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































