
Anonymous
5 tahun
Pinggang terasa Kejang dan panas
saya wanita berusia 25 tahun. saya mengalami kejang dan terasa panas pada pinggang bahagian kiri selama 3 hari. saya tidak mempunyai apa-apa penyakit seperti demam batuk, mual dan lain-lain. adakah saya mengalami apa-apa penyakit pada bahagian pinggang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- muscle strain akibat overstretch, atau postur tubuh yang salah, atau akibat pergerakan tubuh tertentu
- kidney stone
- nephritis
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.