
Sulit
4 tahun
Pipi bengkak sebelah,&benjol bawah rahang
Sy lelaki berumur 31 tahun,masalah yg dihadapi muka sy bengkak sebelah ,ada benjolan bawah rahang…,&kesukaran buang air besar…ditambah masalah bernafas dgn susah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, gejala pipi bengkak sebelah boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Lesi cyst cervicofacial
- Reaksi alahan
- Bengkak kelenjar parotid (dalam pipi) akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Sindrom nefrotik
- Masalah kelenjar tiroid yang bengkak - menyebabkan aliran darah tidak dapat turun
Keluhan dan keterangan yang diberikan adalah terlalu singkat sehingga sukar untuk ditentukan penyakit-penyakit yang mendasari gejala tersebut. Pemeriksaan terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti hubungkait bersama gejala tambahan seperti kesukaran membuang air besar dan masalah bernafas.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih