Sulit
4 tahun
Pipi sakit kesan suntikan bius
Saya telah dicucuk bius di pipi dengan 3 kali suntikan. Tetapi bekas suntikan bius itu masih sakit apabila berlaga dengan gigi hingga menyebabkan ketidakselesaan saya untuk bercakap/makan dan pipi masih bengkak.
Tunjuan bius adalah untuk buka tampalan lama dan doktor melihat dasar gigi samada perlu rawatan akar atau tidak.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Hubungi doktor gigi untuk melegakan masalah gigi dan gusi anda.
Umumnya, kesakitan yang berterusan selepas rawatan gigi umumnya boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari proses, hasil atau tusukan bius. Ketiga-tiga fenomena in lazimnya hilang setelah beberapa jam hingga hari mengikut tiap individu. Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu bahawa kesakitan yang berterusan atau agak lama boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman pada kawasan rawatan
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi atau bengkak gusi
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Yang pasti ia juga boleh menandakan proses pemulihan yang masih di tahap awal, memandangkan setiap individu mempunyai kadar pemulihan yang berbeza.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

































