
Anonymous
5 tahun
Pitam dan pandai sakit dada
Saya wanita dalam 20’an, saya berdiri tidak terlalu lama lalu diri saya cepat pitam dan keluar peluh. kadang saya boleh sakit dada secara tiba2

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- syncopal attack (berasa hendak pitam kerana jantung tidak dapat mengepam darah dengan efektif dan cepat ke bahagian atas)
- postural hypotension (lazim berasa mahu pitam dari posisi baring ke posisi berdiri)
- transient ischaemic attack (strok sementara)
- electrolyte imbalance (kurang garam dalam tubuh biasa kerana makan tidak berkala)
- hypoglycemia (gula rendah dalam darah)
- serangan jantung (biasa sakit dada sebelah kiri dan berpeluh-peluh)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.