
farapisces1
5 tahun
Pitam dan sesak nafaz
Sy berumur 25 tahun… Doc kenapa Sy berasa nk pitam dan rebah bila berdiri lama… Dan terasa sesak nafaz…igtkan esoknyaa ok… Tp sy dah seminggu alami keadaan ni…tekanan darah kejap… Tinggi kejap normal…sekarang bejalan jaoh sikit rasa lelah mengah dan kepala rasa melayang… Selama seminggu ni sy berasa sangt takut yang teramat sanagt dan fikiran berfikir yg bukan2…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami mungkin berpunca daripada:
- Hipotensi postural - terjadi apabila bangun terlalu cepat menyebabkan kurang darah sampai ke kepala
- Anemia - kurang sel darah merah
- Kurang gula
- Dehidrasi
- Asma
- Penyakit Addison
- Masalah dalaman telinga
Bagi mengurangkan kesan yang dihadapi anda, langkah-langkah seperti memastikan air diminum mencukupi, bangun dari tidur/tempat duduk dengan perlahan serta pengambilan karbohidrat/gula mencukupi mungkin dapat mengurangkan simptom yang dialami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.