
Anonymous
4 tahun
Pitam dan terasa tidak seimbang ketika berdiri
Saya sering merasa hendak pitam. Tidak kira ketika duduk ataupun berdiri. Saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan semuanya dalam keadaan baik. Pernah ketika saya berdiri terasa hendak rebah dan cepat2 saya duduk. Ketika duduk pun pernah terasa hendak pitam dan menyukarkan saya untuk menulis kerana penglihatan menjadi terbatas. Kebiasaannya saya akan menghidapi pitam 1-2 kali seminggu dan kadang2 tiada. Apa yang patut saya lakukan dan apa penyakit yang sedang saya hidapi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pitam yang anda alami boleh disebabkan:
- Gangguan struktur dalaman telinga - seperti keradangan, jangkitan atau ketumbuhan
- Dehidrasi - menyebabkan hipotensi postural
- Masalah rentak jantung - menyebabkan aliran darah tidak cukup ke otak
- Anemia - kurang sel darah merah akibat kurang zat besi, asid folic, vitamin B12 dan lain-lain
- Kurang gula - seperti penyakit Addison
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.