
Anonymous
4 tahun
Pitam & jatuh pengsan
Saya wanita, berusia 22 tahun. Saya nak tanya doktor tentang situasi atau kejadian yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Saya daripada tidur, kemudian bangun untuk ke tandas. & dalam perjalanan saya hilang kawalan & hilang sedar. Rupanya saya jatuh pengsan. Setelah sedar, kepala dan punggung saya terasa sangat sakit. saya syak, jatuh pengsan. Soalan saya, apakah itu tanda2 saya kurang darah, hidrasi. atau apa, mungkin ada sebab lain. ini adalah kejadian pertama kali saya hilang kawalan sampai jatuh pengsan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pitam anda boleh disebabkan:
- Hipotensi postural - akibat bangun terlalu cepat
- Dehidrasi - menyebabkan tekanan darah rendah
- Kurang sel darah merah - anemia
- Masalah rentak jantung
- Kurang gula
- Penyakit Addison
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.