
Sulit
4 tahun
Pitam ketika sukan dan perut masuk angin dan kebas2
Saya lelaki berusia 26 tahun baru ni sy telah pitam dan muntah di court badminton kerana badan naik gatal2 dan sy mandi ketika itu sesudah mandi terasa berpusing2 bermula dgn kabur seterusnya menjadi gelap dan muntah. Rasa perut sakit dan kerap sendawa serta sengal2 tengkuk .selang dua minggu sy pergi jumpa dokter dan dokter berkata sy telah kene slip disc di tengkuk dan ganguan saraf yg menyebabkan sy kebas2 tangan … ada kah normal jika kebas2 itu dtg dan pergi dokter?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Umumnya cervical slipped disc boleh menyebabkan gejala seperti:
- mual muntah
- pitam
- kebas jari jemari
- kelemahan otot
- sakit yang menjalar pada persarafaan yang terkait slipped disc
Sifat gejala-gejala di atas adalah sangat tergantung kondisi dan tahap slipped disc yang berlaku. Oleh itu, saya sarankananda untuk mendapatkan rawatan lanjutan bersama doktor pakar tulang, agar informasi yang lebih tepat berkenaan keadaan anda boleh diberikan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Neurosurgeon kami sedia membantu.
Namun, saya berharap anda tidak merasa terlalu gusar akan keadaan yang anda alami, dan cuba mendapatkan bantuan dan sokongan dari ahli keluaraga atau sahabat baik dari semasa ke semasa.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.