
Anonymous
4 tahun
Pitam,pusing dan loya
Sy berumur 27 tahun, tiada masaalah kesihatan setakat ini cuma rabun & asthma. Sy kerap berasa pitam ketika melakukan kerja atau pun ketika sedang berdiri mahu pun duduk dan berbaring.
Sudah pernah melakukan pemeriksaan MRI dan keputusan adalah normal.
Telah beberapa kali berjumpa dgn doc tapi hanya ubat tahan pening diberikan.
Setakat ini tekanan darah agak normal.
Boleh tak doc bagi pencerahan sikit apakah punca sy pening pitam dan loya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pitam anda boleh disebabkan:
- Hipotensi postural - akibat bangun terlalu cepat
- Dehidrasi - menyebabkan tekanan darah rendah
- Kurang sel darah merah - anemia
- Masalah rentak jantung
- Kurang gula
- Masalah vertigo - masalah struktur dalam telinga
- Penyakit Addison
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.