buchikahmad88
3 tahun
Pitam serta gelap mata
Selamat sejahtera. Saya ada soalan mengenai masalah pitam @ gelap mata. Dari kecil lagi saya mengalami masalah ini. Saya akan pitam dan telinga berdesing seperti tidak dapat mendengar dengan jelas jika melihat darah yang banyak. Contohnya seperti :
1- darah akibat luka sendiri
2- melihat perkara-perkara ngeri
3- melihat tulang kaki & tangan yang patah
Yang terbaru saya pitam akibat melihat video pergaduhan yang agak dasyat serta mengakibatkan luka dan pendarahan yang agak banyak. Durasi bila saya pitam lebih kurang 1-3 minit.
Mohon pencerahan permasalahan saya atau pandangan serta nasihat. Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pitam yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- “Vagal overactivity” - perkara ini berlaku apabila saraf vagus didalam badan terlebih akti apabila berlaku stres seperti meilhat perkara yang tidak menyenangkan
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vertigo posisi
- Penyakit ritma jantung - terlebih atau terkurang laju
- Kurang gula - akibat terlalu banyak hormon stres dirembes dalam badan yang menyebabkan kekurangan gula
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.