
fahirafyra10
5 tahun
Pitam yang kerap berlaku dalam seminggu
Saya remaja perempuan 19 Tahun. Saya mengalami pitam sejak akhir² ini. Saya praktikal di klinik dan kerap kali rasa pitam. Selain itu, saya mengalami batuk untk beberapa minggu dan apabila sudah sihat slps 2 minggu, batuk saya datang kembali. Adakah ini tanda² penyakit TB?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala pitam boleh disebabkan oleh:
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula
- Kurang tidur atau rehat
Mengenai batuk anda, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan jika masih berlarutan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.