
Sulit
5 tahun
Pitted keratolysis di tapak kaki kanan
Saya wanita umur 24 tahun. Tapak kaki kanan saya mempunyai lubang. Mula2 di ibu jari ade satu kecik satu besar. Lepas tu tumbuh di bahagian lain jugak. Tapi di kaki kanan sahaja. Saya kerap mengalami masalah kaki berbau. Tolong saya doctor macam mana nak sembuhkan tapak kaki saya dari pitted keratolysis. Mula2 saya ingat kan planta warts tapi Rupa tak Sama seperti planta warts. Terima kasih doctors.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pitted keratolysis merupakan jangkitan bakteria di tapak kaki atau tangan kerana sentiasa berada dalam keadaan berpeluh basah. Ini boleh disebabkan oleh pakaian kasut atau sarung kaki dengan berpanjangan masa.
Gejala tapak kaki berlubang juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan cacing
- Jangkitan luka
- Objek asing yang menembus dan tertinggal dalam kulit
- Komplikasi daripada kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.