
Sulit
4 tahun
Placenta previa type 2
Saya perempuan melayu 34tahun pregnant anak no.4,masa scan 28weeks doc sahkan uri saya di bawah on stage 2…cara tidur yang sesuai untuk situasi ini,dan antara baring dan duduk,yang mana better?harap doc dapat jawab soalan saya secepat yang mungkin…tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada posisi tidur yang spesifik untuk masalah placenta previa. Anda hanya perlu berehat dan baring selalu. Berdiri dan duduk apabila perlu sahaja. Anda boleh baring pada sisi sebelah kiri untuk mendapatkan keselesaan yang optimum adalah posisi optimum ketika hamil.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan kerana beliau lebih memahami keadaan kesihatan anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.