
Sulit
4 tahun
Placenta previa type 3 suspected accreta
Saya berumur 38 tahun, pregnant anak yg ketiga dan disahkan placenta previa pada 32 minggu. Kemudian suspected placenta accreta pada 34 minggu dan disuruh buat mri. Soalan sy, adakah selamat untuk pesakit placenta previa (suspected placenta accreta) untuk melakukan perjalanan sejauh 8 jam dengan keadaan jalan yang teruk pada 35 minggu kehamilan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, perjalanan tidak disarankan kepada ibu yang sudah 36 minggu kehamilan. Wanita yang mempunyai placenta previa tidak digalakkan untuk melakukan perjalanan jauh. Namun begitu ini hanyalah keterangan am, kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor anda dahulu kerana beliau lebih memahami kondisi anda dan mempunyai sejarah kesihatan anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.