
Sulit
3 tahun
Platelet di bawah 50
Adakah selamat untuk vaksin covid 19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan platelet menjadi rendah. Antaranya adalah:
- Kehamilan
- Bakteria dalam darah
- Demam denggi
- Gray Platelet Syndrome (GPS) - sejenis penyakit autoimun
- Asma
- Malaria
- Aplastic Anemia sejenis penyakit darah
- Babesiosis - sejenis jangkitan parasit
Oleh itu, sebelum mengambil vaksin saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini