
Sulit
4 tahun
Pohon Pandangan berkaitan ibu selepas melahirkan anak
Saya wanita berumur 32tahun yang telah berkahwin dan dua kali melahirkan anak…
untuk pengetahuan, selepas melahirkan anak pertama dulu sy pernah berjumpa pakar sakit puan dan bertanya tentang ini tetapi ketika itu saya rasa macam jumlah isi tu sikit tanpa rasa gatal…dan doktor kata itu perkara biasa bg ibu yg lepas melahirkan anak menang akan ada ketulan isi yg akan tumbuh seperti itu…
Tapi sejak akhir2 ini lepas setahun saya melahirkan anak kedua, saya rasa gatal di kawasan alat sulit dan saya baru perasaan semacam ada ketulan isi lebih besar di bahagian bawah/dalam/tepi lub*** kemaluan saya.
Soalan saya adakah normal bagi ibu selepas melahirkan anak jika terdapat ketulan isi begitu?
Mohon pendapat/pencerahan daripada doktor bg masalah saya ini.
Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pihak kami percaya doktor telahpun melakukan pemeriksaan yang komprehensif keatas diri anda sebelum anda dibenarkan pulang apabila berjaya melahirkan anak. Disini kami sarankan agar anda mendengar nasihat dan panduan yang diberikan oleh doktor.
Pemulihan faraj selepas bersalin, memerlukan masa untuk ianya sembuh. Sebilangan wanita tidak merasa seperti pra-kehamilan mereka lagi selama beberapa bulan, walaupun banyak yang merasa pulih setelah 6-8 minggu. Selepas anda pulang ke rumah, badan anda memerlukan beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya selepas melahirkan bayi.
Antara masalah yang kebiasaannya dihadapi oleh wanita selepas bersalin.
Kesakitan faraj
Keputihan atau pendarahan
kekejangan pada faraj
Sekiranya ada mengalami masalah kegatalan ataupun sebarang gumpalan pada bahagian faraj yang bersifat keterlaluan dan serius, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor semula bagi mendapatkan kepastian dan rawatan yang sepatutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.