
Sulit
4 tahun
Polip hidung kejap bengkak kejap surut
Adakah polip hidung boleh menganggu pernafasan saya? Saya puya polip hidung beserta cairan bewarna hijau(kadang berbau kadang xde) . Polip hidung saya membengkak sampai menutup ruang udara dalam hidung.buat sampai saya xpuas nak bernafas lagi2 kalau waktu pagi atau sejuk(boleh terasa mcm sesak nafas) …doktor klinik swasta ade beritahu saya ia boleh menganggu pernafasan. Adakah ia betul?mcm mana nak sembuhkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, polip adalah suatu keadaan yang mana muncul ketumbuhan dalam hidung. Terdapat beberapa penyebab polip hidung iaitu:
- jangkitan sinus berulang
- asma
- alahan
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangi gejala ini:
- Hindari penyebab alahan dan kawal penyakit asma dengan baik.
- Hindari penyebab keradangan hidung atau sinus, seperti asap rokok, asap dari bahan kimia serta debu
- Cuci tangan secara dengan kerap untuk melindungi diri dari infeksi bakteri atau virus yang menyebabkan hidung meradang.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun, jika masalah masih berlarutan atau anda mempunyai gejala sukar untuk bernafas, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera.
Untuk info lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat dan penerangan lanjut. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.