
Sulit
4 tahun
Polip pulpa pada gigi berlubang
sy wanita 24 tahun mengalami gigi berlubang hingga tumbuh isi yg besar dalam gigi tersebut . dan sy selalu mencucuk isi tersebut jika sy sakit kepala atau mata dan akan sedikit reda sakit tersebut . soalan saya adakah akan ada effect sampingan pada organ lain ? tq docter

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Tetapi masalah anda perlu dirujukkan kepada doktor di klinik berdekatan untuk melakukan pemeriksaan lebih terperinci. Maklumat tambahan perlu diperolehi, disebabkan kekurangan maklumat, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Jika pulpa tersebut dijangkiti ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
- Jangkitan pada tulang dan kawasan sekeliling
- Cellulitis
- Kelenjar air liur dan noda limfa bengkak
- Demam
- Kesukaran untuk menelan
- Kesukaran untuk membuka mulut
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.