eiryn44
4 tahun
Posisi tidur ketika hamil
Sy pregnant 31weeks… Susah nk dpt posisi tidur yg selesa… Tidur terlentang lebih selesa… Tp ramai ckp xboleh tidur terlentang nnti effect bby… Betul ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, posisi tersebut sebenarnya tidak baik untuk ibu kerana rahim dan bayi akan menekan salur darah utama kepada organ ibu yang terletak di sebelah tulang belakang.
Ibu hamil disarankan untuk tidur mengiring. Terdapat pelbagai bantal yang boleh memudahkan posisi tidur ibu hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.