Sulit
4 tahun
Positif C19 yang ingin melakukan hubungan intim
Istri sy swab 28/5/21 & pd 29/5/21 disahkan +C19 jd pd tarikh 6/6/21 kami melakukan hubungan intim , soalan sy adakah sy boleh dijangkiti C19 dan dalam tempoh berapa hari dr seseorg yg dijangkiti C19 bole melakukan hubungan intim
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang potensi dijangkiti C19 (atau COVID19) dari isteri yang disahkan positif pada 29/5/21. Selain itu, anda juga ingin mengetahui tentang risiko berhubunagn seks pada individu positif COVID19.
Menurut WHO, sekiranya salah satu pasangan suami isteri didapati positif COVID19, mereka disyorkan untuk berjauhan dan tidak tidur sekatil sekurang-kurangnya sehingga tarikh isolasi dan hasil pemeriksaan swab dikeluarkan, kerana dikhuatri dapat berlaku jangkitan atau transmisi COVID19 dapat berlaku.
Selain itu, menurut pakar, mereka yang mempunyai pasangan yang positif HIV perlu mengelakkan dari
- melakukan hubungan seks
- berkucupan (berciuman)
- mendekati antara satu sama lain
Oleh kerana anda berpotensi terdedah kepada COVID19, anda amat disarankan untuk mendapatkan ujian saringan COVID-19 melalui beberapa platform yang sedia ada termasuk
- Ujian dari rumah
- Ujian di klinik terdekat
- Ujian secara pandu lalu
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































