
Sulit
3 tahun
Positif covid 19 cat 1 dan cat 2
Saya sekeluarga disahkan positif covid 19 termasuk isteri. Saya dan anak2 terlebih dahulu mempunyai sympthom. Selepas 3 hari sympthom2 semua sudah tiada. Sekarang isteri pula baru mempunyai sympthom. Tempoh tarikh quarantine kami adalah sama. Persoalannya sekarang boleh kah kami duduk bercampur didalam satu rumah… Boleh kah anak2 dan saya dijangkiti balik dari isteri saya? Terima kasih doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala COVID-19 yang dihadapi.
Untuk makluman anda, setakat ini, tempoh kuarantin bagi jangkitan COVID-19 adalah 10-14 hari, dan jika semua keluarga anda telahpun disahkan positif, anda boleh kuarantin di ruangan yang sama.
Berkenaan gejala isteri anda, kebiasaannya mereka yang telah dijangkiti dan sembuh, telah mempunyai antibodi terhadap jangkitan ini, oleh itu kemungkinan untuk kembali dijangkiti dalam masa terdekat adalah rendah.
Apa yang penting adalah anda dan keluarga yang telah disahkan positif terus menjalani kuarantin kendiri sehingga tamat tempoh yang ditetapkan. Status kesihatan dan langkah seterusnya akan dimaklumkan oleh pegawai kesihatan di kawasan anda kelak.
Sekiranya anda masih ragu-ragu dan mempunyai soalan lain, sila rujuk kepada doktor untuk penerangan lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini