Sulit
5 tahun
Positif covid no close contact no symptom at all
Saya berumur 31 tahun… ada anak 2 org berumur 6 tahun dan 3 tahun. Bru pulang dari saudi. Kuarantin 10 hari di hotel. 1st swab klia semua negatif. Hari ke 8 2nd swab. Ank nombor 2 positif covid. Saya, anak 6thn dan suami negative. No close contact no symptom at all… mcm mana boleh berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kemusykilan anda tentang perkara ini. Akan tetapi, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Namun, secara umum, berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengakui bahawa daripada 100 individu yang disaring, berkemungkinan 10 daripadanya mendapat keputusan negatif walaupun individu berkenaan sebenarnya dijangkiti COVID-19. Hal ini boleh berlaku susulan kemungkinan ‘false negative’ itu terjadi kerana tempoh inkubasi di mana kandungan bilangan virus adalah rendah ketika Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag). Oleh itu, setiap individu masih perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang ditetapkan dalam pengurusan COVID-19 setelah disaring.
Namun, perkara ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Siasatan lanjut perlu dilakukan bagi memberikan kesimpulan yang tepat. Jika terdapat keraguan, anda boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Di samping itu, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut (DoctorOnCall). Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































