Sulit
5 tahun
Positif Covid tiada gejala yang ketara
Saya wanita bawah 30 tahun dan disahkan positif covid tetapi tiada gejala yang ketara. Gejala yang saya hadapi adalah sakit dada tapi masih boleh bernafas seperti biasa, adakala dada saya rasa berdenyut dan sedikit sempit dan sakit sendi. Boleh dapat pandangan Doktor apakah supplement yang sesuai untuk saya amalkan?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Saya memahami kebimbangan anda dalam mengatasi COVID-19 ini dan anda ingin mengetahui supplemen yang boleh digunakan.
Namun begitu, penggunaan supplemen atau ubat memerlukan konsultasi daripada doktor dahulu kerana beberapa makluman tentang sejarah kesihatan anda perlu diperolehi dahulu.
Tanpa melakukan konsultasi dan pemeriksaan sejarah kesihatan anda, kami bimbang akan kompilkasi yang teruk boleh berlaku.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Sementara itu kami ingin menasihatkan anda untuk memantau kesihatan anda dan gejala yang dialami. Jika anda mengalami gejala yang serius dan tidak dapat ke hospital kerajaan sila dial 999 untuk mendapatkan arahan yang seterusnya
Kami harap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































