
Sulit
3 tahun
Positif covid19..Adakah dapat ambil vaksin
Saya telah didapati positif covid pada 21/4…tapi saya telah dipanggil temujanji untuk mengambil vaksin 20/6 ni…Bolehkah saya mengambil vaksin tersebut untuk masa sekarang…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami bahawa anda disahkan positif COVID-19 dan ingin mengetahui jika anda boleh menerima vaksin, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, penyakit seperti demam atau selsema biasa boleh menerima vaksin COVID-19 dan digalakkan untuk mengambil.
Namun, bagi sesiapa yang mengalami penyakit yang serius seperti COVID-19, perlu melakukan penangguhan kerana terdapat risiko untuk menjangkiti orang lain di Pusat Penerimaan Vaksin.
Anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini atau untuk mendapatkan kepastian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini