
hawajasmi4
5 tahun
Positif demam denggi
suami saya berumur 27 , positif denggi. demam masuk hari ke7. platelet 11. HB 15.1 HCT. 45.1… suhu badan 36 lebih skrg ni. platelet makin menurun. before ni 36 ke 17 dan skrg 11. bleeding dkt hidung. sakit ulu hati. boleh saya tahu apa perlu sy buat selain drpd minum air? adakah bahaya dgn keadaan suami saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keadaan suami anda akan diperhatikan dengan rapi oleh doktor hospital sehinggalah kadar bacaan darah suami anda stabil dan tidak menunjukkan simptom demam denggi. Oleh itu, anda disarankan untuk mengikuti nasihat dan rawatan yang diberikan oleh pihak hospital bagi memastikan keadaan suami anda terus stabil. Sekiaan