
paan.elyt
3 tahun
Positif setelah 1st dose Pfizer
Saya menerima dos pertama pada 1/8 kemudian disahkan positif tanpa gejala pada 13/8. Sebab melakukan swab test PCR kerana kontak rapat tempat kerja. Nilai ct value PCR, Orf1ab gene= not detected, e gene=36.86, n gene=35.316. Dos kedua pada 22/8 tetapi tidak boleh hadir kerana pakai gelang perlu kuarantin sehingga 23/8. Adakah saya boleh pergi ambil dos kedua selepas habis kuarantin atau perlu tunggu kerana saya tiada simptom sehingga habis kuarantin.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami turut bersimpati terhadap keadaan anda, dan berharap agar anda dapat sembuh secepatnya. Anda juga ingin mengetahui sekiranya anda perlu menerima dos kedua vaksin setelah disahkan positif COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Menurut pakar, individu yang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 lalu disahkan menjangkiti COVID-19, mereka perlu menangguhkan dahulu suntikan dos kedua sehingga benar-benar sembuh atau setelah mendapat arahan dari doktor. Berdasarkan informasi terkini, dos kedua tetap perlu diambil agar kekebalan tubuh dapat terbentuk dengan sempurna.
Oleh itu, anda perlu merujuk ke hospital atau menghubungi pihak JKJAV untuk mengetahui status dan pelan penerimaan vaksin dengan lebih terperinci.
Tambahan lagi, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini