Sulit
5 tahun
Positive covid .what’ s next
Sy buat rtk selepas 4 hari bergejala. Tetapi negatif.buat pcr pada hari ke 6, keputusan positive.ct value 32.kuarantin di rumah.now hari ke 9.kdg kdg sja rasa mengah nak bernafas n sakit kepala.apa perlu sy buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, disebabkan anda mengalami gejala sukar bernafas, kami sarankan anda untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran anda ataupun menghubungi pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk melaporkan gejala yang dialami.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































