
Sulit
5 tahun
Positive hamil keluar brown spot
Saya sudah sah hamil anak ketiga dgn ujian UpT dan ujian scan dekat klinik cuma doc minta sy datang semula kerana masih belom nampak janin di usia 5minggu.
Dalam masa yg sama sy ade keluar brown spotting. Masuk harini sudah 10 hari.
Adakah normal.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pendarahan awal kehamilan ini tidak normal dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya tidak memberi mudarat pada kendungan dan ada yang sebaliknya.
Pendarahan implantasi
Keguguran yang terancam
Ovum yang hancur
Kematian janin di dalam rahim
Kehamilan ektopik
Kehamilan molar
Pendarahan postkoital- pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.